Pembunuhan beramai-ramai malam Ramadan Kepungan Hama

Pada 31 Julai 2011 berlaku pembunuhan beramai-ramai di Hama.Kereta kebal menyerang Hama dari empat arah yang berbeza dan "menembak secara rawak" . Sementara itu, penembak tepat dari bumbung pejabat elektrik dan bumbung penjara telah memlakukan tembakan membabi-buta. Bekalan elektrik telah dipotong.Seramai 136 orang telah meninggal dunia, lebih 100 di Hama dan 19 di Deir ez-Zor . Ratusan lagi telah cedera. Pada 15 Mac lalu seramai 2200 penunjuk perasaan dibunuh.

Tentera Syria telah menembak orang awam yang cuba merawat penunjuk perasaan dan mangsa yang cedera.Kereta kebal cuba menyekat sebarang pembesar suara di masjid-masjid menyiarkan azan "Allah Akbar". Tembakan ditujukan kepada orang awam. Sekitar 129 orang telah meninggal dunia di Hama (100) dan di Deir ez-Zor (29) .Pasukan keselamatan Syria melancarkan serangan pada 5:00 pagi di Muadhamiya utara Hama .Pada masa yang sama, tahanan politik yang cuba memberontak telah ditembak .Angka kematian dalam penjara itu tidak diketahui. Agensi berita Syria melaporkan bahawa lapan anggota polis telah terbunuh dalam pertempuran di Hama.

Majlis Keselamatan Bangsa - Bangsa Bersatu mengeluarkan resolusi mengutuk serangan Syria pada 31 ​​Julai dan mahu membahaskan keadaan di Syria.

Pasukan keselamatan Syria terus membedil Hama pada 1 Ogos. Penduduk yang mahu sembahyang di masjid untuk solat subuh berkemungkinan besar akan ditembak oleh penembak curi.Kereta kebal menembak secara rawak. Mereka tidak mengira sesiapa yang menjadi mangsa. Tujuannya seolah-olah untuk membunuh dan menakutkan orang ramai.Kereta kebal juga dilihat bergerak ked bandar timur Albu Kamal.

Pembangkang mendakwa bahawa serangan kereta kebal ke atas bandar Hama pada 31 Julai, menyebabkan 84 orang terbunuh dalam usaha mengelakkan bantahan pada bulan suci.

Kesatuan Eropah mengenakan larangan perjalanan terhadapa lima pegawai tentera dan pegawai kerajaan dan sekatan lanjutan terhadap kerajaan Assad, termasuk Menteri Pertahanan Syria ,Ali Habib Mahmud.

Majlis keselamatan PBB bertemu untuk membincangkan keadaan di Syria pada 2 Ogos. Amerika Syarikat , UK dan Perancis secara rasmi mengutuk Syria , tetapi Rusia dan China membantah dengan alasan "campur tangan terhadap ketenteraan di Syria".

Pada 2 Ogos, pembangkang Syria Radwan Ziadeh meminta Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton menuntut Presiden Bashar al-Assad untuk meletak jawatan.

Pada pagi 3 Ogos 2011, tembakan berterusan dari kereta kebal tentera Syria di bandar Hama. Laman Facebook Revolusi Syria melaporkan "Tentera kini ditempatkan di assi Square dan melarang mereka daripada memasuki kawasan-kawasan perumahan. " Bekalan air, elektrik dan semua komunikasi terputus. Kerajaan Syria melarang wartawan asing daripada memasuki negara ini. Shaam , saluran video menunjukkan sebuah kereta kebal menyerang bandar Hama.

Pada 3 Ogos, ekoran serangan, pekerja-pekerja di Hama mengisytiharkan tiga hari mogok umum , bimbang akan dibunuh oleh pasukan keselamatan.